Friday, August 6, 2010

Promosi Sistem Ladang Perkongsian Cili Fertigasi.

Salam sejahtera,
Ladang Bukit Murai mempunyai keluasan 1.08 hektar dan ditanam dengan tanaman getah klon KT, antara klon getah yang terbukti mampu mengeluarkan hasil yang cukup memberansangkan. Tanah tersebut dimiliki oleh Pak Haji Yop, orang lama Padang Pusing.

Bagi mengelak semak samun, Pak Haji Yop telah menawarkan tanah tersebut untuk diusahakan dengan tanaman sampingan dan beliau sendiri cukup berminat bila dipelawa untuk menanam cili merah secara fertigasi. .... tanam dalam beg.

Bagi mengurangkan kos persediaan tapak, beberapa rakan kampung Padang Pusing telah bermuafakat untuk sama-sama mengusahakannya ... yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.

Kos keseluruhan dari persiapan tapak hinggalah anak benih masuk ke dalam polibag adalah sekitar RM20 000 untuk 10 000 polibag. Ini termasuk kos penyediaan tapak, anak semaian, pemasangan paip saliran, tangki air ( 600 gln x 4, 400 gln x 1 ), 2 pam air ( 1 pam motor dan 1 pam elektrik ) dan sebagainya.

Bagi memudahkan perkiraan, 10 lot telah dibuka menjadikan 1 lot = 1000 polibag dan ditawarkan kepada rakan-rakan yang berminat dgn anggaran kos RM2 000 bagi 1 lot. Dengan ini, kos bagi setiap peserta akan menjadi lebih murah berbanding jika dijalankan secara persendirian.

Sekarang ini, kami bercadang untuk membuka 1 lagi tapak dengan keluasan 2 hektar dengan anggaran pokok/polibag yang boleh di tanam berjumlah 24 000 beg. Persediaan tapak telah dijalankan, hanya menunggu untuk diusahakan. Jadi, sekiranya ada pembaca yang berminat untuk melabur dan mengusahakan tanaman cili merah fertigasi bolehlah menghubungi kami untuk pertanyaan dan perbincangan dengan lebih lanjut.

Untuk makluman, ladang kami ini telah didaftarkan sebagai Ladang Kontrak FAMA Yan/Pendang.

Pertanian adalah perniagaan.......!!!

No comments: