Thursday, August 28, 2008

Lagi Mengenai Panduan Cili Fertigasi

Lagi Mengenai Panduan Cili Fertigasi

Bila dah buat keputusan untuk tanam cili, kenalah belajar/ilmu
1. benih bermutu
2. cara semai benih & penjagaan anak pokok
3. cara mana nak tanam (fertigasi atau batas tanah)
4. pembajaan
5. penjagaan pokok dewasa
6. mengenal penyakit pokok/musuh perosak
7. cara kawalan penyakit/musuh perosak
8. penjarangan daun pokok
9. cara ikat pokok
10.cara mengendali racun makhluk perosak
11.pasaran
12.pengendalian lepas tuai
13. dll

Kos Fertigasi Cili

Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi keperluan asas fertigasi bagi 1000 pokok cili
1.polytank 400 gallon (2 buah ) =RM900.00
2.pam 1hp =RM250.00
3.main pipe poly 32mmx100m =RM180.00
4.poly tubing 13 mmx300m =RM130.00
5.mikro tiub 10mm x 650m =RM300.00
6.media sekam wap =RM300.00
7.polybag 13 x 14 x 40kg. =RM380.00
8.tong baja a/b x 2 =RM100.00
9.silver shine 0.035mm x 250m =RM70.00
10.fitting lump sum =RM300.00
11.tray semai anak benih 10kpg. =RM30.00
12.benih 10 gm. (223) =RM60.00

JUMLAH DI ATAS SEMUA = + - RM3000.00
Kos di atas tidak termasuk kos baja serta kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll.
Pembajaan baja asas fertigasi. Penggunaan bagi 1000 pokok
baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B, 'pakej siap lengkap' -set A dan satu beg set B -RM180. Penyediaa campuran bagi setiap set A dan set B adalah utk 10 000 liter air dgn kadar 0.5 liter utk setiap pokok /sehari.

Bagi setiap pertambahan 1000 pokok yang berikutnya hanya perkara asas dari no 3 - 10 dan benih iaitu sekitar RM1820.00 atau RM1.82 untuk setiap pokok. Bagi yang bercadang untuk trus membesarkan tanaman ini di masa akan datang, saya mencadangkan pembelian pam 2hp (RM450) bagi menggantikan pam 1hp.
Semoga panduan di atas dapat memberikan gambaran secara kasar kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini. Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Wednesday, August 27, 2008

Proses Menyemai Anak Benih

Biji-biji benih yang terpilih sahaja disemai dalam bekas semaian khas.


Antara jenis media yang digunakan untuk menyemai biji benih. Penggunaan media yang sesuai akan menambahkan lagi peratusan pertumbuhan biji benih dan menghasilkan anak pokok yang sihat serta bermutu tinggi.


Bekas semaian khas yang banyak terdapat dikedai-kedai peralatan pertanian. Mudah digunakan serta boleh digunakan berulangkali.


Tapak semaian yang tertutup disediakan untuk mengelak anak pokok diserang serangga perosak seperti belalang, siput dan sebagainya.



Anak benih yang telah bercambah setelah disemai antara 3 hingga 5 hari.

Gambar-gambar Ladang Cili


Ini adalah anak benih yang berusia 25 hari yang baru diubah dari bekas semaian ke dalam polibag yang berisi media berupa sekam wap.



Ini pula bekas semaian anak-anak cili dari baka 223 yang menjadi asas ketika aku memulakan projek tanaman cili fertigasi ini. Seperti kata sifu aku, dia nasihatkan aku gunankan baka ini dahulu sebagai projek printis aku. Pokoknya mudah dijaga, hasilnya agak menarik dan berbaloi. Kadang-kadang orang panggil cili ini jenis payung terjun ( nak tahu kenape... teruskan bersama aku ).