Monday, October 7, 2013

PENYAKIT REPUT HUJUNG BUAH ( Blossom End Rot )

Simptom:


Bermula dengan lebam di hujung buah. Kematian sel di bahagian ini seterusnya menyebabkan hujung buah bertukar warna  ke hitam coklat dan menjadi busuk dan berair.
Masalah ini sering berlaku disebabkan oleh faktor hujan berlebihan di awal musim diikuti oleh kemarau. Pengairan yang tidak sempurna dan satu tanda kekurangan zat kalsium pada tanaman cili .

Kawalan penyakit Reput Hujung Buah adalah seperti berikut:

       Jika pH tanah di bawah 5.5, pengapuran adalah perlu sebelum menanam.
       Guna baja organik sebelum menanam bagi tanah berpasir bagi meningkatkan kelembapan tanah.
       Pembajaan pokok hendaklah teratur dan sempurna.
       Pastikan pemberian zat kalsium mencukupi pada pokok.
       Pengairan hendaklah sempurna.
       Gunakan sungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah
       Gunakan biji benih bermutu dan lakukan rawatan biji benih.



Sunday, August 29, 2010

Bila Tiba Hari Raya ... harga cili pun jatuh ....

Salam buat semua,
Hari raya tak lama lagi akan menjelang tiba, selepas penat berpuasa kita bleh raya sakan la sebab cili Bkt Murai dah pun bleh dijual. Ingatkan harga sekitar RM10 akan kekal sampai hari raya, bleh buat belanja beli daging ketupat atau pun buat beli mercun untuk pasang malam raya. Angan2 tinggal angan jugak ... harga cili kian menjunam jatuh ... hari ini harga tolak di Pasar Borong Alor Setar sekitar RM6 sahaja, esok belum tahu lagi. Cili punya la cantik ... dengan besar dan panjang tapi harga ciput. Dulu cili ketot2 pun harga berbelas ringgit.... apa sudah jadi?
Khabarnya cili dari Siam masuk menyebabkan pasaran kian menjunam .... kenapa??? Cili tempatan tak cukup ke atau orang tempatan suka makan cili Siam ... almaklumlah barang Siam ni semua orang suka, murah-murah plak tu .... Bab harga dan bab cili Siam ni kenalah tanya dengan MOA atau FAMA ... itu semua keja buat mereka. Yang merana, yang ,menanggung kita semua rakyat tempatan. Dulu kata Pak Lah, Pertanian tu Perniagaan ... la dah tak jadi macam tu dah. Perniagaan tetap perniagaan jugak tapi kena jual ladang la sebab kos kian meningkat .... bantuan dari Jabatan Pertanian dah tak ada lagi ... katanya kerajaan duit tak ada .... nasiblah. Klaim insentif pertanian pun entah bila nak dapat, masuk hari ni dah hampir 10 bulan buat tuntutan .....duit pi mana yekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Wednesday, August 18, 2010

Hujan Oh Hujan

Salam sejahtera semua pembaca,
Habis berkaitan penyakit bawaan hamama dan kutu thrips, datang pula hujan rahmat yang membawa satu lagi penyakit yang paling ditakuti oleh penanam cili .... penyakit kulat. Bila dah kena tak kira tempat samada pada buah, ranting, daun atau batang pokok. Bila buah dah mula matang tiba-tiba di serang kulat, buah jadi lembek dan berkudis maka air mata pun mula la meleleh ... nak jual tak laku, nak guna sendiri  tak terhabis.  Itu kalau kena buah, kalau kena pada batang pulak maka buang ajelah pokok tu.
Kawan-kawan yang sedang menunggu hasil buah sulung di ladang Bukit Murai pun macam tu la jugak, baru nak dapatkan hasil yang pertama dah datang pulak hujan rahmat ...

Kali ni kita berkenalan plak dengan penyakit yang berkaitan dengan kulat dan hujan ni. Penyakit yang disebabkan oleh kulat ialah:


1) penyakit bintik daun leaf spot
2) antraknos buah fruit anthracnose
3) hawar pucuk leaf blight
4) lecur anak benih damping off of seedlings
5) layu sclerotium dan Sclerotium wilt
6) kulapuk berdebu. Downy mildew

Penyakit : Bintik daun
Patogen : Cercospora capsici
Daun yang diserang akan mempunyai kecederaan (lesion) berbentuk bulat atau bintik-bintik kecil yang berwarna perang. Apabila kecederaan atau bintik-binitk ini menjadi besar, bahagian tengahnya akan bertukar menjadi kelabu dan kemudian berlubang. Daun-daun yang diserang kemudian akan gugur.

Masalah ini boleh dielakkan dengan memastikan pokok tumbuh dengan subur melalui amalan pengurusan yang baik termasuklah kebersihan ladang. Semburan kimia mungkin diperlukan terutamanya bila penyakit ini merebak.


Penyakit : Antraknos Buah
Patogen : Collelotrichum capsici
Penyakit ini adalah masalah penting bagi tanaman cili. Buah yang diserang akan mempunyai lesi (lesion) yang terbenam atau lekoklekok pada permukaannya yang bewarna gelap atau hitam. Lekok-lekok ini dikelilingi pula oleh beberapa jaluran berbentuk bulat (concentric rings). Anda tentu telah menemuinya pada cili-cili yang dibeli. Cuba perhatikan cili kering yang ada didapur anda. Jangan terperanjat jika sebilangan kecil, terutama yang telah hilang warna merahnya, mempunyai tanda-tanda Colletotrichum. Ini menunjukkan cili tersebut telah diserang Colletotrichum tetapi dikeringkan supaya ia terhenti merebak. Walaupun tidak ada bukti yang Colletotrichum memudaratkan kesihatan, pastikan anda basuh cili kering dan buang bahagian-bahagian terkena jangkitan seperti mana anda lakukan pada cili yang segar di ladang, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengasingkan buah yang diserang, membakar dan seterusnya menamannya. Ini perlu diikuti dengan semburan racun kulat yang sesuai bagi mengawal keadaan dari merebak kepada buah-buahan yang lain.


Penyakit : Hawar pucuk (blight)
Patogen : Choanephora cucurbitarum
Penyakit ini biasanya menyerang pucuk dan menyebabkan ia menjadi layu dan bewarna hitam. Penghujung ranting mati bermula dariada pucuk (‘dieback’). pada pucuk tersebut. Penyebabnya ialah Choanephora cucurbitarum. Ia kelihatan Seperti ri2 halus berwarna klabu air Choanephora ialah kulat daripada kumpulan Zygomycetes. Ia membentuk hifa tegak (aerial), berwarna kelabu seperti duri halus dengan penghujungnya berwarna gelap. Choanephora, seperti juga hifa Rhizopus, berwarna kelabu. Penyakit ini biasanya dibawa oleh angin dan kawalan dengan menyembur racun kulat yang sesuai dan berkesan adalah perlu.


Penyakit : Lecur anak benih
Patogen : Pythium sp.
Penyakit ini menyerang batang anak benih cili. Ia merebak melalui air dan penggunaan tanah semaian yang pernah terdedah kepada penyakit ini. Anak benih yang diserang akan kelihatan melecuh pada pangkal batang. Bahagian yang diserang akan berair serta lecur. Setelah serangan menjadi teruk anak benih ini akan tumbang. Untuk mengelakkan masalah ini, biji benih perlu dirawat dengan racun kulat yang sesuai terlebih dahulu. Sebelum benih ditanam, tapak semaian perlu disiram dengan racun kulat yang sama.


Penyakit : Layu Sclerotium
Patogen : Sclerotium rolfsii
Penyakit ini menyerang bahagian akar dan batang cili. Ia merebak melalui tanah. Pada peringkat awal, pangkal batang yang diserang akan kelihatan bewarna putih; ini disebabkan oleh kehadiran miselium (kulat yang membentuk jaluran bebenang). Keadaan ini akan berlarutan sehingga pangkal dan akar yang diserang bertukar warna menjadi hitam dan kemudian terus reput. Penyakit ini boleh dikawal dengan membakar pokok yang diserang dengan secepat mungkin. Ia mungkin merupakan cara kawalan yang paling ekonomik dan perlu dikesan dari peringkat awal.

Saturday, August 14, 2010

Penyakit Cili ( 4 )

Kutu Daun (Myzus persicae Sulz.)


Kutu daun atau sering disebut Aphid tersebar di seluruh dunia. Hama ini memakan segala jenis tanaman (polifag), lebih dari 100 jenis tanaman inang, termasuk tanaman cabai. Kutu daun berkembang biak dengan 2 cara, yaitu dengan perkawinan biasa dan tanpa perkawinan atau telur-telurnya dapat berkembang menjadi anak tanpa pembuahan (partenogenesis). Kitaran hidup hama ini antara 7 - 10 hari. Hama ini menyerang tanaman cabai dengan cara mengisap cairan daun, pucuk, tangkai bunga ataupun bahagian tanaman lainnya. Serangan berat menyebabkan daun-daun melengkung, keriting, belang-belang kekuningan (klorosis) dan akhirnya rontok sehingga produksi cabai menurun.

Kehadiran kutu daun di kebun cabai, tidak hanya menjadi hama tetapi juga berfungsi sebagai penular (penyebar) berbagai penyakit virus. Di samping itu, kutu daun mengeluarkan cairan manis (madu) yang dapat menutupi permukaan daun. Cairan manis ini akan ditumbuhi cendawan jelaga berwarna hitam sehingga menghalang proses fotosintesis. Serangan kutu daun amat ketara pada musim panas/kemarau. Pengendalian secara terpadu terhadap hama ini dapat dilakukan dengan cara :

- Kultur teknik, yaitu menanam tanaman perangkap (trap crop) di sekeliling kebun cabai, misalnya jagung.
- Kimiawi, yaitu dengan semprotan insektisida yang efektif dan selektif seperti Deltamethrin 25 EC pada konsentrasi 0,1 - 0,2 cc/liter, Decis 2,5 EC 0,04%, Hostathion 40EC 0,1% atau Orthene 75 SP 0,1%.

Lalat Buah (Dacus ferrugineus)

Serangga dewasa panjangnya + 0.5 cm, berwarna coklat-tua, dan meletakkan telurnya di dalam buah cabai. Telur tersebut akan menetas, kemudian merusak buah cabai. Buah-buah yang diserang akan menjadi bercak-bercak bulat, kemudian membusuk dan berlubang kecil. Buah cabai yang terserang akan dihuni larva yang pandai meloncat-loncat. Akibatnya semua bagian buah cabai rusak, busuk, dan berguguran (rontok). Daur hidup hama ini lamanya sekitar 4 minggu, dan pembentukan stadium pupa terjadi di atas permukaan tanah. Pengendalian secara terpadu terhadap hama ini dapat dilakukan dengan cara :

- Kultur teknik, yaitu dengan pergiliran tanaman yang bukan tanaman inang lalat buah.
- Mekanis, yaitu dengan mengumpul-kan buah cabai yang terserang, kemudian dimusnahkan.
- Kimiawi, yaitu dengan pemasangan perangkap beracun "metil eugenol" atau protein hydrolisat yang efektif terhadap serangga jantan maupun betina. Dapat pula disemprot langsung dengan insektisida seperti Buldok, Lannate ataupun Tamaron.

Wednesday, August 11, 2010

Penyakit Cili ( 3 )

Selain hamama, ada satu lagi serangan penyakit yang merbahaya yang selalu buat penanam cili pening kepala.... kutu thrips. Hari ni kita akan berkenalan dgn kutu thrips plak, orang kata xkenal maka xcinta. Betul tak ?

KUTU TRIP


Nama Biasa : Kutu Trip
Nama Inggeris : Thrips
Nama Saintifik : Thrips Palmi Karny
Famili : Thripidea

TANAMAN
Serangan kepada tanaman Timun,Cili,Terung,Tomato,Labu,Peria dan Petola

BAHAGIAN SERANGAN
Daun dan Buah

KEROSAKAN
Nimfa dan kutu Trip menghisap cecair tumbuahan dari bahagian bawah permukaan daun menyebabkan daun jadi keperangan,kerinting dan mengkung ke atas.Pucuk menjadi keras daun tirus dan gugur.Kutu Trips juga menyerang buah akibat buah menjadi tompok-tompok keruping halus berwarna perang.

BIOLOGI SERANGGA

Telur - Kutu Trips bertelur sebiji-biji di bawah daun.Bentuk saperti buah pinggang warna putih.Seekor bolih bertelur 50-60 biji.Menetas 4-9 hari.
Nimfa - Rupa sama dengan serangga dewasa.Bersalim kulit 2 kali dalam masa 4-6 hari. Penyalinan kulit perengkat pupa ambilmasa 1-2 hari
Pupa - Warna kuning,bentuk tirus,panjang 1.24 mm.Pupa biasa nya berada 10-25 mm dalam tanah. Jangka masa 2-4 hari.
Kutu Trips Dewasa - Berwarna kekuningan saiz kira-kira 1 mm.Bolih hidup 2-4 minggu.
Kitaran Hidup - 11-21 hari

KAWALAN

Racun di syorkan.Selecron 500 EC (7hst),Deltanet 200EC(7hst),Tukothionn 500EC (7hst) confior 200SL(14hst)Regent 50SC (7hst)

Monday, August 9, 2010

Penyakit Cili ( 2 )

Salam semua.
Kita sembang lagi pasal penyakit cili. Orang tua-tua kata tanam cili ni kerenah dia macam bela kambing. Kalau dikurung, dikandang macam-macam la penyakit datang. Macam tu jugak dengan cili, kalau tahap kesabaran rendah ... fikir-fikirlah, takut sampai ketikanya habis pokok cili kena cantas.

Penyakit yang paling ditakuti ialah kerinting daun. Bila daun dah kerinting, mulalah hasil tak menjadi. Punca utama daun kerinting ni sebab hamama dan kutu trip. Daun yang diserang hamama akan kerinting merekut ke bawah, manakala daun yang diserang kutu trip akan merengkut ke atas.

HAMAMA PEROSAK


Nama Biasa : Hama Merah / Hama Labah-labah

Nama Inggeris : Spider Mite / Two Spotted Spider Mite

Nama Saintifik : Tetranychus Urticae

Famili : Tetranychidae

TANAMAN

Serangga biasa kepada tanaman saperti Cili,Tomato,Terong dan Timun Batang

BAHAGIAN DISERANG

Daun,Puncok dan juga Buah

KEROSAKAN

Larva, nimfa dan juga hama dewasa menyerang tanaman dengan menghisap cecair daun pucuk dan juga buah. Serangan menyebabkan daun gugur. Daun yang diserang akan menjadi kerinting, melengkung ke bawah, berwarna perak dan menjadi keras. Hama tinggal di bawah daun.

BIOLOGI HAMAMA

Telur - Hamama bertelur di dalam jaringan sarangnya dan mampu bertelur lebih

100 biji sepanjang hayatnya.Telur akan menetas 4-10 hari bergantung keadaan cuaca. Bertelur kira-kira 5-6 biji sehari.

Larva - Larva berkaki enan.Jangka masa perengkat 1 hari.Larva jantan lebih besar dari bertina.

Nimfa - Nimfa berkaki 8.Menyerupai hamama dewasa tapi saiz kecil. Tempoh

Masa ialah 5-9 hari.

Hamama Dewasa - Berkaki 8.Saiz antara 01-0.2 mm.Badan bujur saperti telur. Warna - merah dan kehijauan dan sangat aktif.

Kitaran Hidup - 6-10 hari.

KAWALAN

Guna racun Omite 57EC atau Omite 50WP(7 hst),Racun Kelthane EC atau Meto EC atau Trithane EC (7 hst),Racun Morestan 25WP (7 hst) atau Racun Mitac EC,Ectodec EC, Taktic EC (7 hst)

Saturday, August 7, 2010

Penyakit Cili ( 1 )

Salam buat semua,

Kali ini saya akan mula bercerita berkaitan dengan penyakit cili. Saya paparkan artikel2 yang saya dapat untuk kita sama-sama berkongsi maklumat

Penyakit cili : Pendahuluan

Cili dipasarkan dalam tiga cara iaitu sebagai cili segar, kering atau sebagaimakanan yang telah diproses. Penggunaan cili di Malaysia merangkumi semua sektor pengguna, dari suri rumah, institusi, restoran sehinggalah pembuat sos yang menggunakan cili. Penggunaan cili tinggi dikalangan penduduk Malaysia, sehingga pengeluaran cili tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dalam negara. Antara sebab-sebab nya ialah masaalah yang berkaitan dengan amalan pengurusan dan harga cili yang tidak menentu. Dalam menguruskan tanaman cili secara komersial, masalah perosak dan penyakit cili perlu diberikan tumpuan khas. Bagaimanapun, amalan pengurusan selalunya tertumpu kepada mengurangkan risiko kerugian yang bakal dihadapi oleh pengusaha cili. Risiko ini berpunca dari masalah penyakit yang menjejaskan hasil tanaman. Terdapat beberapa patogen yang menyebabkan penyakit dan menjadi perosak kepada pokok cili. Patogen yang menyerang pokok cili adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat.

Penyakit yang disebabkan oleh kulat ialah:

1) penyakit bintik daun leaf spot
2) antraknos buah fruit anthracnose
3) hawar pucuk leaf blight
4) lecur anak benih damping off of seedlings
5) layu sclerotium dan Sclerotium wilt
6) kulapuk berdebu. Downy mildew

.......... bersambung