Tuesday, August 3, 2010

Perihal Tanaman Cili

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor dan Kelantan.

Cili mengandungi zat pemakanan seperti dibawah. Di antara zat pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5 gram). Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili.

Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’, sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’. Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5, MC 11, MC 12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam jadual 4.


KANDUNGAN JUMLAH

Protein (g) 2.8
Karbohidrat (g) 9.5
Lemak (g) 0.7
Serabut (g) 0
Kalsium (mg) 15.0
Besi (mg) 1.8
Fosforus (mg) 80.0
Kalium (mg) 0
Natrium (mg) 0
Karotena beta (ug) 2730.0
Vitamin B1 (mg) 0.2
Vitamin B2 (mg) 0.1
Vitamin C (mg) 175.5
Niacin (mg) 0.7

Sumber : MARDI – Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran ( 1990 )

No comments: