Thursday, August 28, 2008

Kos Fertigasi Cili

Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi keperluan asas fertigasi bagi 1000 pokok cili
1.polytank 400 gallon (2 buah ) =RM900.00
2.pam 1hp =RM250.00
3.main pipe poly 32mmx100m =RM180.00
4.poly tubing 13 mmx300m =RM130.00
5.mikro tiub 10mm x 650m =RM300.00
6.media sekam wap =RM300.00
7.polybag 13 x 14 x 40kg. =RM380.00
8.tong baja a/b x 2 =RM100.00
9.silver shine 0.035mm x 250m =RM70.00
10.fitting lump sum =RM300.00
11.tray semai anak benih 10kpg. =RM30.00
12.benih 10 gm. (223) =RM60.00

JUMLAH DI ATAS SEMUA = + - RM3000.00
Kos di atas tidak termasuk kos baja serta kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll.
Pembajaan baja asas fertigasi. Penggunaan bagi 1000 pokok
baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B, 'pakej siap lengkap' -set A dan satu beg set B -RM180. Penyediaa campuran bagi setiap set A dan set B adalah utk 10 000 liter air dgn kadar 0.5 liter utk setiap pokok /sehari.

Bagi setiap pertambahan 1000 pokok yang berikutnya hanya perkara asas dari no 3 - 10 dan benih iaitu sekitar RM1820.00 atau RM1.82 untuk setiap pokok. Bagi yang bercadang untuk trus membesarkan tanaman ini di masa akan datang, saya mencadangkan pembelian pam 2hp (RM450) bagi menggantikan pam 1hp.
Semoga panduan di atas dapat memberikan gambaran secara kasar kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini. Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung dengan pihak kami.

1 comment:

AmirFX said...

Kalau d Sarawak ada tak ejen untuk membekalkan barang2 fertigasi?