Friday, August 6, 2010

Berbudi Pada Tanah....

Salam buat semua pembaca.
Hari ini rakan-rakan di ladang Bukit Murai mula berkira-kira dan tersenyum bila melihat pokok cili mereka mula mengeluarkan buah... menunggu masa untuk masak.
Kalau ikut perkiraan, pertengahan bulan puasa ni dapatlah merasa duit hasil titik peluh selama ni, setelah penat dengan sepak terajang di ladang cili.
Inilah muka-muka yang sedang menanti hasil ladang Bukit Murai.

Ketua Ladang Bukit Murai


Cak Kang selaku Tokey Tonik
Pak Guru Cangkul selaku Ketua Mandor



Thursday, August 5, 2010

Gambar-gambar Ladang Fertigasi

Mula Lembaran Baru Ladang Fertigasi

5hb Ogos 2010

Hari ini aku mulakan lembaran baru ladang fertigasi aku. Petang ni aku mula menanam benih 568 yang telah aku semai lebih kurang 27 hari yang lalu. Harap-harap kali ni tiada lagi musibah yang menimpa aku.
Anak 568 yang telah siap di tanam
Benih sedang di ubah ke dalam polibag


Langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menanam.
1. Pastikan benih cukup matang untuk ditanam - sekurang2nya berumur 25 hari. Benih yang terlalu muda akan mudah mati, layu dan diserang serangga terutamanya belalang.
2. Sebelum menanam pam air atau basahkan dulu media di dalam polibag agar pokok yang ditanam tidak kekeringan.
3. Masa yang paling sesuai untuk menanam adalah di waktu petang bagi ladang terbuka. Ini akan memberi masa kepada pokok untuk menyesuaikan diri dengan cuaca.
4. Untuk memudahkan anak pokok di ubah dari dalam tray, sebaiknya biarkan media dalam tray sedikit kering . Dengan ini anak benih mudah ditanggalkan dan media pada akar tidak akan pecah.
5. Korek lubang mengikut ketinggian media dan tanam anak benih mengikut kedalaman media pada akar anak benih. Anak benih yang ditanam terlalu dalam akan lambat berbuah - ini petua dari orang lama dalam bidang pertanian yang aku dapat.
6. Selepas menanam, siram atau pamkan air agar media tadi basah dan akar cepat bergerak.
7. Semburkan racun serangga selepas 2-3 hari anak pokok di tanam bagi menghalang musuh tanaman seperti belalang, cengkerik dan sebagainya merosakkan tanaman.
8. Mulakan pembajaan mengikut kadar yang telah disyorkan.


Khazanah Dari Seberang

Salam buat semua pembaca,
Hari aku nak berkongsi cerita sikit berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan penyakit tanaman cili merah ni. Macam yang telah aku catatkan terdahulu, bagaimana pokok-pokok aku telah diserang angkatan hamama ... kali ni aku nak citer sikit pasal racun dan vitamin dari seberang.

Kebetulan seorang kawan baru-baru ni telah melangkah ke seberang sana ... pi siam la ... shopping skit, enjoy skit ... sambil2 tu merayap la kot kedai2 yang menjual segala makneka macam racun yang berkaitan dengan tanaman. Murah sungguh.... dah tu cukup berkesan. Ada juga racun yang kita pun ada contohnya mcm SCORE ... di sana pun ada cuma harganya yang lebih rendah, dan paling menarik ianya lebih berkesan dari yang kita punya.

Bukan la nak promote racun depa, bahaya sebab kandungan racun tinggi tetapi bila pokok dah kena serang maka senjata pun kena kuat .... tak kan nak biarkan saja pokok kita musnah diserang penyakit.
Di sini aku paparkan beberapa jenis racun yang sempat aku snapkan gambar dia.




Wednesday, August 4, 2010

Serangan Hamama...

Penangan Hamama
Inilah rupa pokok cili aku yang telah diserang hamama yang tersangatlah halus/kecik tapi amat kuat memusnahkan seluruh kebun aku. 7000 pokok aku musnah kerana hamama tersebut.
Pokok yang rosak teruk

Petang tadi ada rakan dari Sungai Petani bertanyakan racun 'gelap' yang aku gunakan untuk membasmi dan sekaligus telah menyelamatkan satu lagi ladang aku. Alhamdulillah, berjaya.
Sebenarnya racun gelap tu racun yang tidak mendapat kelulusan di negara kita, maknanya masuk pintu belakang la kot mungkin kerana kandungannya yang membahaya tetapi bagi aku sekarang, apa yang penting pokok aku dapat diselamatkan. Bagi sehabat dari Sungai Petani tadi, alhamdulillah dia tahu kat mana nak beli, tetapi bagi rakan-rakan tani lain yang sedang pening kepala kerana pokok jadi macam tu bolehlah hubungi aku kalau nak cuba guna racun tu. Harganya tidak la mahal mana pun, sepeket 2.5 gram baru sekitar RM2.00 sahaja. Cuma kalau kita tak biasa dengan tokey kedai, dia tak mau jual .... malah dia buat-buat tak tau je, bahaya ..... salah. Kegunaannya 1 paket untuk 1 tong 18 liter dicampur dengan racun serangga yang lain seperti Dimet, Pegaus, Confidor Matrix atau sebagainya. Racun ni tidak memudaratkan pokok, malah aku racun sampai lencun/basah kuyup pokok sebab geram nak marah kat hamama tu ..... pucuk dan daun langsung tidak terjejas. Malah aku dapat lihat hamama bertaburan jatuh di atas sekam. Orang kedah kata kemutih atas sekam hitam tu. Bila dah clear, pucuk baru pun naik clear la .... datanglah melawat kebun aku kalau nak lihat perkembangannya.

Lagi satu, aku juga dapat racun-racun dari negara jiran, sama dangan yang kita dok guna di sini, cuma tulis siam je, payah jugak nak bawak masuk tapi murah harganya. Nanti la aku cerita lain kali.


Tuesday, August 3, 2010

Keluhan

Sekarang harga ladang bagi cili merah amatlah tinggi, sekitar RM12 - RM15 setiap kilogram. Alangkah untungnya bagi pengusaha yang sedang memungut hasil di ladang. Segala titik peluh yang tercurah telah membuahkan hasil, malah berlipat kali ganda. Bagi pengusaha yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian, mulalah mencongak untuk menambahkan lagi keluasan ladang, nak tukar kereta, pergi melancung dan sebagainya.

Rata-rata penanam cili tersenyum sengih dengan tawaran harga sekarang. Kalau dulu nak dapat harga sekitar RM5 pun payah, malah pemborong siap membuat pengkelasan buah....yang kecik, yang besar, malah yang bengkok pun dah dikira untuk potongan harga tetapi hari ini, asal buah cili saja.... semua jalan.

Dalam tersenyum sengih pengusaha ladang, terselit juga keluhan akibat begitu banyak serangan penyakit yang melanda terutamanya penyakit kerinting daun, termasuklah aku. Bulan lepas, 7000 pokok aku yang sedang berbunga lebat terpaksa dimusnahkan akibat serangan tersebut. Mujurlah jugak kebun yang kedua sebanyak 12 000 pokok dapat diselamatkan walaupun hampir 30% telah diserang.

Perhati punya perhati, rupa-rupanya ada sejenis makhluk yang teramat halus telah menyerang setiap pokok aku. Hamama yang cukup kecik hinggakan terpaksa dilihat dengan menggunakan kanta telah berumahtangga disetiap helaian daun pokok cili aku .... macam mana nak buat????????

Pegasus, confidor, metrin, selecron dan macam2 lagi racun digunakan tidak juga menampakkan hasil ... hama tersebut tetap ada. Aku mula putus harapan ... mujurlah tokey kedai racun kat tempat aku mencadangkan sejenis racun "gelap", aku cuba dan ..............berjaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekarang pokok aku yang terselamat itu hampir 95% telah pulih seperti sediakala dan sedang menunggu masa saja untuk dipungut.

Perihal Tanaman Cili

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor dan Kelantan.

Cili mengandungi zat pemakanan seperti dibawah. Di antara zat pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5 gram). Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili.

Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’, sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’. Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5, MC 11, MC 12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam jadual 4.


KANDUNGAN JUMLAH

Protein (g) 2.8
Karbohidrat (g) 9.5
Lemak (g) 0.7
Serabut (g) 0
Kalsium (mg) 15.0
Besi (mg) 1.8
Fosforus (mg) 80.0
Kalium (mg) 0
Natrium (mg) 0
Karotena beta (ug) 2730.0
Vitamin B1 (mg) 0.2
Vitamin B2 (mg) 0.1
Vitamin C (mg) 175.5
Niacin (mg) 0.7

Sumber : MARDI – Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran ( 1990 )