Thursday, August 5, 2010

Mula Lembaran Baru Ladang Fertigasi

5hb Ogos 2010

Hari ini aku mulakan lembaran baru ladang fertigasi aku. Petang ni aku mula menanam benih 568 yang telah aku semai lebih kurang 27 hari yang lalu. Harap-harap kali ni tiada lagi musibah yang menimpa aku.
Anak 568 yang telah siap di tanam
Benih sedang di ubah ke dalam polibag


Langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menanam.
1. Pastikan benih cukup matang untuk ditanam - sekurang2nya berumur 25 hari. Benih yang terlalu muda akan mudah mati, layu dan diserang serangga terutamanya belalang.
2. Sebelum menanam pam air atau basahkan dulu media di dalam polibag agar pokok yang ditanam tidak kekeringan.
3. Masa yang paling sesuai untuk menanam adalah di waktu petang bagi ladang terbuka. Ini akan memberi masa kepada pokok untuk menyesuaikan diri dengan cuaca.
4. Untuk memudahkan anak pokok di ubah dari dalam tray, sebaiknya biarkan media dalam tray sedikit kering . Dengan ini anak benih mudah ditanggalkan dan media pada akar tidak akan pecah.
5. Korek lubang mengikut ketinggian media dan tanam anak benih mengikut kedalaman media pada akar anak benih. Anak benih yang ditanam terlalu dalam akan lambat berbuah - ini petua dari orang lama dalam bidang pertanian yang aku dapat.
6. Selepas menanam, siram atau pamkan air agar media tadi basah dan akar cepat bergerak.
7. Semburkan racun serangga selepas 2-3 hari anak pokok di tanam bagi menghalang musuh tanaman seperti belalang, cengkerik dan sebagainya merosakkan tanaman.
8. Mulakan pembajaan mengikut kadar yang telah disyorkan.


No comments: