Simptom:
Bermula
dengan lebam di hujung buah. Kematian sel di bahagian ini seterusnya
menyebabkan hujung buah bertukar warna ke
hitam coklat dan menjadi busuk dan berair.
Masalah
ini sering berlaku disebabkan oleh faktor hujan berlebihan di awal musim
diikuti oleh kemarau. Pengairan yang tidak sempurna dan satu tanda kekurangan
zat kalsium pada tanaman cili .
Kawalan penyakit Reput
Hujung Buah adalah seperti berikut:
• Jika pH tanah di bawah 5.5, pengapuran adalah perlu
sebelum menanam.
• Guna baja organik sebelum menanam bagi tanah berpasir
bagi meningkatkan kelembapan tanah.
• Pembajaan pokok hendaklah teratur dan sempurna.
• Pastikan pemberian zat kalsium mencukupi pada pokok.
• Pengairan hendaklah sempurna.
• Gunakan sungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah
• Gunakan biji benih bermutu dan lakukan rawatan biji benih.